Think Positive Whatever You Do...
Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan dan dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati...
Friday, September 14, 2012
Kesedihan VS Kegembiraan
Friday, January 13, 2012
UkHUwAh AtAu KuAh???
saya nak tanya anda semua....
apa yg anda phm tntg ukhuwah....
jeng.jeng.jeng
erm xpe juz jwb dlm hati anda masing2
ukhuwah bagi saya simple jer (pendapat minda yg x seberapa nie?
hbgan kasih-sayang antara dua insan atau lebih yg mana dibajai dengan iman dan takwa...
korang stuju x dgn pendapat ngan saya nie???
huhu...
xpela,,,it juz my opinion...
TAPI???
knape tajuk entri saya 'UKHUWAH ATAU KUAH'
huhu...
ada rahsia disebalik tajuk entri nie...
begitu juga apa yg berlaku pada diri kita,,,
smua nya ada cerita atau hikmah di sebaliknya....
namun apa yg ingin di'highlight'kan di sini ialah....
mngapa ukhuwah yg jauh lebih mantap hbgnnya berbanding ngan ukhuwah yg ada di depan mata kita sendiri...
adakah perlu seseorang itu tiada di mata baru kita mahu menghargainya atau pun sebaliknya...
MUSYKIL....
namun itulah realiti yg berlaku sekarang....
ukhuwah itu berlaku apabila org itu hanya berada di depan mata kita sahaja...
sedangkan ukhuwah itu bukankah satu ikatan yg sangat suci bagi insan di bumi...
bahkah Islam juga menggalakkan umatnya menjalinkan ukhuwah dengan mahabbah yg murni....
adakah ukhuwah itu terjalin atas dasar pangkat???
ATAU
atas dasar kecantikan???
ATAU
atas dasar kepandaian???
ATAU
atas dasar sekepala???
ATAU
atas dasar iman dan takwa???
lagi skali saya tinggalkan anda dengan persoalan nie...
sebelum saya akhiri entri nie....
renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Dari Abu Hurairah Radliyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salla bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam iaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, bila ia memanggilmu penuhilah, bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamkillah (ertinya-semoga allah memberikan rahmat kepadamu), bila dia sakit jenguklah, dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)".
wallahualam
Sunday, December 25, 2011
SECEBIS PERINGATAN...
hye semua....
alhamdulillah,,,
sekali lagi saya berkesempatan utk meng'update' blog yg serabut nie...
huhu
erm hari nie ape bnda yg saya nak kongsikan bersama anda smua???
(question mark around ur head)
erm arinie saya nak kongsi psl...
WASIAT IMAM SYAFIE...
erm sbena nyer idea nie saya cedok dari myibrah.com...
website nie sgt bermanfaat bg kita yg dahagakan ilmu2 yg bermanfaat dan mmpu menjadi backup kita di akhirat kelak...
tanpa membuang masa....
mari kita baca ilmu yg saya cedok dari myibrah.com nie....
slamat membaca dan renung2kan serta slamat beramal....
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni’mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Tuesday, December 20, 2011
KeCiL iTu BeSaR mAkNaNyA...
erm alhamdulillah....
hari nie skali lg saya diberi nikmat idea oleh Yang Maha Esa utk meng'update' entri saya yg x sbrape nie...
erm agak2 ape yg tersembunyi di sebalik tajuk entri saya kali nie???
erm cube teka....
huhu...
erm sbena nyer byk yg tersembunyi di sebalik tajuk nie....
mari saya bwk anda smua berfikir melalui kisah nie...
amira seorang pelajar yg suka membuang sampah merata-rata tempat. mana tempat yg dia rasa dia suka utk membuang sampah yg ada pada tgnnya, pasti dia akan campakkan sahaja sampah tersebut tanpa berfikir akan persekitaran dan 'effect' yg akan kena pada dirinya...uniknya,Amira ini bersahabat dengan seseorang yg kontra dgn dirinya iaitu Qistina.Qistina seorang yg sangat pembersih dan amat mencintai alam sekitar....nak dijadikan cerita...pada satu hari Amira dan Qistina 'hang out' bersama-sama di sebuah mall...bila dah penat berjalan2 sekitar mall, mereka berhenti R&R di surau bagi menunaikan seruan Ilahi...ketika bersiap-siap utk keluar dari surau, Amira dgn slumbernya tlh membuang tisu yg digunakannya utk mengelap muka di depan pintu surau.....Qistina yg melihat perbuatan tersebut terkejut....
agak2 nyer apa yg dilakukan oleh QISTINA??
A) marah Amira coz bung sampah merata-rata
B) menasihati Amira utk supaya jgn membuang sampah merata-rata
C) Qistina buat x taw seperti x nampak apa2
D) Qistina mengambil sampah tersebut dan membuangnya di tong sampah.
erm jawapannya ialah (D-Qistina mengambil sampah tersebut dan membuangnya di tong sampah).....
~THE END~
erm apa kaitan cerita nie ngan tjuk entri nie???
huhu...
mesti tertanya-tanyakan...
erm sbenar nyer saya nak highlightkan pada perbuatan Qistina yg membuang sampah tersebut tanpa berkata apa2 pada Amira....
erm pernah dgr x org slaloo berkata 'action speaks louder than words'
cuba perhatikan pada perbuatan Qistina...
walaupun tenaga yg dikeluarkan oleh Qistina sedikit iaitu hanya mengambil sampah tersebut dan seterusnya membuangnya di tong sampah....
namun perbuatan ini cukup mulia dan indah utk dihayati....
itulah Islam.....
perbuatan yg asalnya nmpk sprti menjatuhkan standard(mentaliti org yg x menghayati Islam)
namun Islam menganggapnya ia satu kebaikan atau dikenali sbg Kebajikan...
Firman Allah dalam sural al-Zalzalah yg bermaksud:
maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
"berhati-hati kalian terhadap dosa kecil kerana jika berkumpul dalam diri seseorang ia akan dapat membinasakannya: (riwayat Ahmad dan al-Tabarani dalam 'al-Awsat)
oleh itu, berusahalah utk menyampaikan sesuatu walaupun ianya sedikit. sesungguhnya agama itu adalah menyampaikan bukan menyimpan....
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)
Kena kuasai seni menegur,
supaya nanti tak tersungkur,
yakin dan pasti jangan berdengkur,
hasilnya nanti harus bersyukur.
Wallahualam....
Tuesday, December 13, 2011
SeSuNgGuHnYa Kau Maha Mengetahui...
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
Assalamualaikum....
apa khabar hati dan iman pada hari nie???
smoga baik-baik sahaja hendak nya...
erm alhamdulillah...
sekali lg Allah memberi saya idea utk meng'update' blog saya nie...
smoga apa yg saya coret nie mampu memberi ilmu kepada sesiapa yg menziarahi blog saya nie...
hari nie saya nak ckp psl DOA RABITHAH
ape itu DOA RABITHAH?
klu siapa yg biasa membaca al-ma'thurat...
pasti akan jumpa doa nie...
erm sbena nyer doa nie baik utk diamalkan...
antara kelebihannya ialah:
Do’a rabitah ini istimewa berbanding dengan doa’-doa’ yang lain. Antaranya:-
PERTAMA: Do’a ini disusun untuk para aktivis dakwah, agar mereka selalu mengingat prinsip-prinsip perjuangan dengan membaca do’a ini.
KEDUA: Doa’ ini bertujuan mengkonsolidasikan dan menyatukan hati pada aktivis dakwah
KETIGA: Dengan do’a rabithah ini kita memahami bahawa gerakan dakwah adalah jamaah, bukan jam’iyyah, dan syirkah.
Jamaah adalah wadah yang mengumpulkan hati-hati dan fizikal anggota dalam waktu yang sama, bahkan pertemuan hati perlu lebih intensif dan tidak boleh terputus dibandingkan denganpertemuan secara fizikal dalam pertemuan tanzim maupun yang lain.
KEEMPAT: Dengan do’a rabitah ini kita memahami bahawa dakwah telah menyatukan para aktivis dari pelbagai generasi semenjak ada kegiatan dakwah di mukabumi ini sehinggalah ke hari kiamat.
Ringkasnya:
Para da’I ilallah dituntut untuk menyatukan soff, beramal dan paling tidak saling mendo’akan agar istiqomah pada jalan Allah serta mendapat taufiq dan rahmat dari Allah SWT demi kejayaan Islam.
Rujukan:
Syarah do’a rabithah, karangan Muhammad Lili Nur Aulia
dan saya juga ingin memberi sedikit tips....
smoga dapat membantu anda semua...
ketika membaca doa ini, niatkan utk disedekah kepada keluarga kita, sahabat kita dan org2 yg terdekat dgn diri kita
smoga hati kita dengan keluarga, sahabat-sahabat, dan org-org terdekat dgn kita menjadi erat seperti satu untaian tali yang kukuh dan erat sehingga tiada siapa mampu meleraikan untaian tersebut melainkan Allah s.w.t...
wallahualam...
Thursday, December 8, 2011
HaRgAiLaH mErEkA....
assalamualaikum....
apa khabar hati,iman dan Islam hari nie?
chat?
klu chat bgus la....
klu x chat check blik amalan kita...
erm alhamdulillah....
hari nie, saya masih lagi diberi nikmat akal dan idea yg bernas utk mencoretkan sesuatu pada entri saya...
huhu....
trima kasih kepada tazkirah bergerak saya iaitu Cik Solusi...
bersempena cuti sekolah n cuti sem yg panjang nie....
apa yang korang smua dah lakukan utk ibu bapa korang???
dah banyak menyemai bakti kepada ibu bapa???
atau pun masih khayal lagi dgn keseronokkan bercuti...
erm dalam sedar x sedar....
sbenar nyer cuti nie yg panjang nie merupakan anugerah yg x terhingga buat kita sbg pelajar...
kenapa saya ckap mcm nie???
cube anda pikir dan renungkan....
masa anda berada di sekolah dan di IPT...
brapa byak bakti yg anda telah hulurkan pada ibu bapa anda???
klu byk alhamdulillah...
klu sedikit,,,,masyaAllah....
brape byk kredit yg anda hbiskan utk menelefon ibu dan bapa anda berbanding anda bergayut atau bermesej dengan kawan-kawan anda...
sedarlah sesungguhnya segala tindakan yg kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
teringat saya pada satu kisah pada zaman Rasulullah...
Diriwayatkan daripada al-Ma'mun, dia berkata: "Aku belum pernah melihat orang yang berbakti kepada ayahnya selain Fadhl bin Yahya al-Barmaki. Dia begitu berbakti utk ayahnya sehinggakan ayahnya tidak pernah berwuduk kecuali dengan air suam. ketika mereka berdua dimasukkan ke dalam penjara, petugas penjara melarang mereka memasukkan kayu bakar walaupun malam hawa tersabgat dingin. Maka Fadhl pon mengambil botol dan diisinya botol tersebut dengan air lalu didekatkanya botol tersebut ke lampu supaya botol tersebut air di dalam botol tersebut menjadi suam. Dia terus memegang botol tersebut hingga pagi....
MasyaAllah...betapa besarnya pengorbanan Fadhl bin Yahya al-Barmaki kepada ayahandanya...
tidak terkesankah kepada hati kecil kita mengenai perbuatan yg dilakukan oleh Fadhl bin Yahya al-Barmaki...
tidak tercabarkah kita akan perbuatan mulia beliau???
sanggupkah kita menjadi seperti al-Qamah yang mana lbih mementingkan isteri daripada ibu nya sendiri....
atau kita mahu jadi seperti Si tanggang tetapi dalam versi moden???
tepuklah dada tanyalah iaman anda....
akhir kata dari saya....
bagi sahabat-sahabat yang sedang bercuti pada saat ini...
manfaatkanlah masa dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita...
bantulah dalam meringankan beban mereka...
bagi rakan-rakan yg tiada ibu atau bapa atau kedua-duanya...
bersabarlah dan banyak2 sedekahkan al-fatihah dan Yasin kepada mereka....
smoga mereka ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman...
pada sahabat-sahabat yg blom 'start' cuti sem lagi....
berbaktilah kepada mereka dengan cara selalu mendoakan mereka dan 'spent' masa yg lama utk mereka ketika berbual-bual di telefon...
sesungguhnya setiap apa yg kamu kerjakan, cukuplah Allah sahaja yang menjadi saksinya....
wallahualam.....
Monday, December 5, 2011
TuNdUk TiDaK bErMaKnA kAlAh...
assalamualaikum...
apa khabar hati dan iman anda hari ini???
tepuk dada tanya iman...
jgn tanya selera kerana selera hanya bertuankan nafsu semata-mata...
alhamdulillah klu hati dan iman kita di dalam keadaan yg sihat...
tapi amat malanglah bagi kita sekiranya hati dan iman kita dalam keadaan sakit...
erm....TUNDUK TIDAK BERMAKNA KALAH......
itu lah tajuk entri saya pada hari nie....
kdg2 susah utk kita melafazkan kata maaf...
sebab apa????
sebab diri dikuasai dengan ego yg tinggi...
tdk dinafikan ego mmg susah utk ditundukkan...
namun pokok pangkal nya adalag dari diri kita sendiri...
klu kita mahu syurga Allah mengapa mesti kita berkelakuan seperti kita menginginkan neraka...
tanyalah iman anda....
meminta maaf bukan satu perbuatan yg keji....
tetapi ia merupakan satu perbuatan yg mulia...
saya sering teringat pada kata-kata seorang sahabat merangkap senior saya di tempat saya belajar...
"sahabatku:menghulurkan perkataan maaf lebih mulia lebih baik daripada menunggu dan menerima perkataan maaf...sesungguhnya hamba Allah yg paling mulia di sisi-Nya ialah hamba yg sentiasa mengalah bagi memperelokkan sesuatu keadaan...
erm sejuk nyer hati nie bila mendgr kata-kata sahabatku ini...
walaupun kkdg susah melakukannya...
tetapi aku lebih mahu tinggal di dalam syurga Allah daripada menempah tiket ke neraka Allah...
sesungguhnya memulakan sesuatu itu lbh baik drpd tidak melakukan sesuatu...
dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
(Ali-Imran:133)
seterusnya marilah kita hayati lirik lagu dibawah ini...
smoga ada sedikit perubahan apabila membaca lirik ini..
Al Mizan - Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta
Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini
Dengan hati suci bersih Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan ku Yang telah berlalu itu
Memang resam manusia makhluk Allah...
Tak lepas dari kesala'n selagi kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan yang terkasar aa...
Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan
Ku harapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu
Berdamailah dalam iman
Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini
Dengan hati suci bersih Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan ku Yang telah berlalu itu
Memang resam manusia makhluk Allah...
Tak lepas dari bersalah selagi kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan yang terkasar aa...
Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan
Ku harapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu
Berdamailah dalam iman