Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun,75990 Melaka.

Tuesday, November 29, 2011

DaLaM SeDaR TaK SeDaR....


SiTuAsI PeRtAmA...

Di DaLaM kElAs:
mira: hye alia....chat.ko ngah watpe?....
alia: hye mira...erm xde wat pape...ngah on9 jap...eh plik la ko nie...tetibe jer sape aku nape?...biasa nyer ko klu nampak aku wat dono(x taw) jer...huhu
mira: haha...ko nie aku tgur slh...aku x tegur pon salah...erm nasib aku la...
alia:lorh...jgn la salah faham....tombeng tiba2 lu tegur guer(ckap indon)...
mira:eh alia sjak bila ko pndai ckap indon nie?aku x taw pon...
alia:haha...ntah aku pon xtaw...erm sbenar nyer mira aku ada something nak ckap ngan ko...erm aku sebenar nyer nak mintax maaf kat ko klu aku ada slh silap ngan ko....aku taw aku byak wat salah ngan ko...
mira: aish...nie lagi satu aku plik nie??nape tetibe ko mintax maaf ngan aku nie???
alia: xdela la...mana taw aku ada wat salah bila mana aku x sedar...huhu
mira:oooo...erm....actually ko xde salah pon ngan aku....kitakan sahabat....biasa la klu ada terkecil hati kkdg tue...erm aku pon nak mintax maaf klu ada slh silap aku kat ko tanpa aku sedar...
mira:haha...xdela...ko xde slh ngan aku pon...erm sahabat selama nyer.....

SiTuAsI 2

TiKa HeNinG PaGi...
alia: Ya Allah Ya Tuhanku....aku bermohon kepadamu Ya Allah...ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa seluruh ahli keluargaku, dosa rakan-rakanku,dan dosa guru-guruku. sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang tidak pernah lepas daripada melakukan dosa... Ya Allah Ya Tuhanku....terimalah taubatku ini Ya Allah....sesungguhnya Engkaulah sebaik-sebaik Pengampun dan Maha Menerima Taubat....(dalam mengalirkan air mata)...Ya Allah,,,sesungguhnya aku takut akan azab api neraka-Mu....terimalah taubatku ini Ya Allah....sesungguhnya tidak tertanggung bagiku akan api neraka mu itu....

assalamualaikum....huhu....mesti anda semua tercari-carikan ape kaitan nyer tajuk entri nie ngan kedua-dua situasi yang saya tulis kat entri nie..(ntah2...bdak nie mengarut lagi...huhu). erm sbena nyer satu jer tujuan saya 'create' situasi-situasi di atas....sbena nyer saya nak kaitkan antara perkataan MAAF dan perkataan TAUBAT....
erm sebenar nyer pagi tadi ada ter'tonton' rancangan 'Soal Asyraf, anda tanya saya jawab'(huhu saje jer nak tulis trademark imam Asyraf)....tajuk isu yang dibangkitkan sangat menarik iaitu mengenai 'TAUBAT'.....
biasa la...klu siapa yang yang slaloo tgok rancangan nie pasti akan tahu bagaimana rancangan nie dilaksanakan...tapi saya mat tertarik ngan analogi yang dibawa oleh Imam Asyraf yang mana beliau menyatakan bahawa bila mana seseorang datang kepada kita x kira lah sahabat, musuh, saudara, sepupu atau sebagainya dan individu tersebut meminta maaf ngan kita secara bersungguh-sungguh, pasti kita akan rasa terharu dan simpati. Walaupun sbenar nyer kita terkejut dengan perbuatan orang yg meminta maaf tersebut...yela kita terkejut coz kita x jangka atau x sedar pon org yg meminta maaf pada kita tue ada wat salah ngan kita....erm bila hadapi situasi sebegini pasti kita akan cepat memaafkan orang tersebut....begitu jugak dengan Allah....bila mana dtg hamba-Nya memohon taubat kepada-Nya dalam keadaan bersungguh-sungguh dan berjanji tidak akan mengulanginya...pasti Allah akan menerima taubat tersebut. sebab apa begini????sebab Allah bersifat Maha Pengampun...walau bagai mana jahat seseorang itu, bila dia tunduk bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh diiringi dengan amal ibadah yang soleh,Allah pasti akan menerima taubat tersebut...Firman allah dalam surah az-Zumar:53 yang bermaksud...

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

jgn menunggu masa tua untuk bertaubat tetapi rebutlah masa sekarang kerana alangkah indahnya jika ketika kita bertaubat Allah mencabut nyawa kita dalam keadaan diri kita bersih daripada segala dosa umpama bayi yang baru dilahirkan....tidakkah kita mahu mati dalam husnul khatimah...renung dan hayatilah,tanamkan di dalam hati dan zahirkannya dengan perbuatan. Wallahualam.....

Thursday, November 24, 2011

Rahmat dari Yang Maha Esa....


Assalamualaikum.....

erm lama rase nyer x tulis ape2 pada blog yang aku sayangi nie.... yela bz dgan segala macam urusan... baik urusan duniawi dan ukhrawi..... namun apa yang paling se'busy' mana pun hidup nie,,,,tanggungjawab pada Yang Esa tetap jgn dilupakan....seperti mana firman Allah dalam surah adz-Zariyat:56 yang bermaksud:
"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".....
ayat nie terang lagi bersuluh menyatakan bahawa tujuan manusia diciptakan di atas bumi ini adalah satu iaitu beribadah dan memperhambakan diri kepada-Nya....Wallahualam... sebenar nyer tujuan diri ini menulis pada ruangan blog ini kerana nak menyampaikan sesuatu.... sama ada anda semua perasaan atau tidak bila tibe jer blan November dan Disember pasti musim tengkujuh akan berlaku..... pada mereka yang cuti panjang pada masa nie pasti menganggap ianya satu keseronokkan kerana bercuti dalam suasana sejuk... walaupun x sesejuk seperti negara-negara yang mengalami musim salji....namun sudah cukup membuatkan tulang-temulang kita nie rase seperti digigit-gigit...haha erm pernah x korang terdengar or terbaca yang mana bila hujan turun, cepat2 la berdoa coz mase nie doa sangat mustajab... knape aku leh kata mase hujan turun, doa sangat mustajab.... mesti korang semua nak tahu kan... sbena nyer...pada waktu dan ketika ini.....Allah turut menurukan rahmat-Nya...that why la kita slaloo dengar orang di sekeliling kita (termasuk aku) cakap hujan itu rahmat....

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

malahan Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud:
"Carilah terkabulnya doa pada saat bertemunya dua pasukan, saat shalat didirikan, dan saat turunnya hujan".

kita juga perlu bersyukur kerana dengan adanya hujan, membolehkan kita memperoleh nikmat-nikmat yang lain seperti mana yang dijanjika Allah dalam kitabullah
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

huhu....namun tidak dinafikan kadang-kadang hujan boleh membawa musibah seperti mana yang berlaku pada negeri-negeri di sebelah pantai timur....namun anggaplah ianya sebagai satu ujian dari Allah untuk menguji dan meningkatkan nilai kesabaran di dalam hati kita.... semoga apa yang saya rungkaikan di sini mampu memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya....sebelum saya mengakhiri coretan saya ini.... mari lah kita sama-sama menadah tangan dan menundukkan hati kepada Allah dengan melafazkan doa ini

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat


Wallahualam.....








Thursday, November 3, 2011

setiap dari kita memegang amanah Allah


ASSALAMUALAIKUM....

hellooooo smuuuuuuuaaaaaaaaa......huhu dah lama rase nyer x jenguk blog ini, malahan kdg2 terlupe yg sesungguhnya DIRI INI mempunyai blog....

ERM APE SBENA TUJUAN AKU MENULIS ARINIE????
mesti sape2 yg bace blog nie plik coz blog nie dah lama bersawang tanpa ada sape pun sudi nak bersihkannnya...huhu(sob.sob.sob)

sbena nyer ada tujuan mgapa diri ini tetibe nak menulis pada blog yg comel nie....(puji diri sendiri...huhu)

pernah korang terfikir dalam sekelip mata jer hidup korang bleh berubah.....
-dari miskin jadi kaya atau sebaliknya
-dari kurus jadi gemuk atau sebaliknya
-dari muda jadi tua (erm itu mmg fitrah alam.huhu)
-dari org biasa jadi yang berpengaruh atau sebaliknya....

apa sbena nyer aku nak ckap nie...mesti korang masih x dpt point nyerkan....
huhu..................
cuba bace kat tajuk blog aku.....
baca anak murid smua.....
SETIAP DARI KITA MEMEGANG AMANAH ALLAH!!!

apa yang dimaksudkan dengan amanah?
amanah menurut kamus dewan edisi keempat: kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang;
amanah menurut
Al Imam Ibnu al Atsir rahimahullah berkata, amanah bermakna ketaatan, ibadah, titipan, kepercayaan, dan jaminan keamanan

jelas di sini amanah merupakan satu tanggungjawab yang berat utk dipikul dan utk digalas....
jika ditanya semua manusia yang hidup di dunia ini, sape yg snggup memegang amanah....TIADA....
namun INGAT!!!!!
sekiranya tiada siapa yg sanggup memegang amanah maka siapa yg ingin memimpin dunia ini....
sedangkan org buta yang celik hati juga memerlukan pimpinan ketika melintas jalan....
inikan pula manusia biasa yang celik mata dan akalnya....

firman Allah s.w.t dalam surah an-nisa ayat 58 yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.”

ayat ini jelas menerangkan tentang kewajipan menyampaikan amanah yang dipikul....namun realiti kini berapa ramai yang menunaikan amanahnya khususnya amanah pada Allah......
namun apa yg ingin diri ini fokuskan ialah amanah dalam menjalankan tanggungjwb sebagai pemimpin.....
bukan mudah untuk memegang sesuatu yg sememang nyer di luar kemampuan kita....
pernah x terfikir satu hari nnti kita akan menjadi pemimpin seperti Rasulullah....
walaupun tidak terfikir namun ingatlah sesungguhnya setiap dari kamu itu adalah pemimpin....
dan apabila menyebut pasal pemimpin mesti berkait rapat dengan amanah....
seperti irama dan lagu.....
seperti cheese dan pasta( tetibe ada kaitan ker...huhu)

erm xnak ckap byak la.....
namun sesungguhnya setiap dari kita memegang amanah Allah....
sedar atau pun tidak...
seperti diriku yang yang dipertanggungjawabkan sesuatu yg luar daripada kemampuan....
walaupun aku hanya la memegang peranan yang kecil....
namun kecil itu mungkin akan menjadi sesuatu yg besar pada masa hadapan....
kdg2 terfikir adakah ini caranya untuk mengubah paradigma dalam hidup ini...
erm ntah lah.....
segalanya hanya Allah Yang Maha Mengetahui....
smoga aku diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan pada masa yang akan datang....

INGATLAH!!!!
seorang anak memegang amanah dari ibu bapa ketika berjauhan mereka berdua.....
seorang isteri memegang amanah ketika suaminya keluar mencari rezeki....
seorang pelajar memegang amanah untuk belajar....
seorang pekerja memegang amanah daripada majikannya.....
NAMUN YANG PALING PENTING.....

SETIAP MANUSIA MEMEGANG AMANAH DARIPADA ALLAH....

WALLAHUALAM




Thursday, November 18, 2010

Ilham dari Yang Maha Esa


Pernahkah kita bingung dalam membuat keputusan.... sebagai seorang Muslim yang sejati apakah tindakan yang kita perlu buat???

Kita sering mengeluh dan mengomel..."kenapalah aku kena pilih salah satu jer....kan bagus kalau aku dapat pilih dua-dua...x yah nak pening2 kepala...." TAPI pernah x kita terfikir mengapa ALLAH letakkan kita di dalam situasi sebegini....Kenapa nak persoalakan urusan Allah???
bukankah senjata umat Islam ialah doa...


Firman Allah :" Berdoalah kepada-KU, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyambah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina"(Surah Ghafir:40)

Namun berbalik kepada persoalan pokok apakah cara terbaik untuk membuat keputusan...

1. Tunaikan solat istikharah...
Solat istikharah patut menjadi prioriti seorang musim dalam membuat keputusan. Tidak semua perkara yang diingini oleh kita adalah terbaik buat kita dan semua perkara yang kita tidak sukai membawa mudarat kepada kita.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud:"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak". (Surah al-Baqarah:216)

2.Musyawarah
Musyawarah ,syura,atau diskusi amat penting. satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak..Oleh itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan.

3.Dengar kata hati.
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tetapi perlu bersyarat. bukan sembarangan hati yang boleh kita dengar kehendaknya. hanya hati yang cintakan ALLAH dan RASUL yang layak dipertimbangkan.oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu, solat taubat, atau solat istikharah serta sedang berpuasa.

*Pesanan: tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan ALLAH dan menjauhi larangannya-Nya.

Wallahualam...

Saturday, August 14, 2010

Kelebihan Bulan Ramadhan



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Thursday, June 3, 2010

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita!!!


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...