Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun,75990 Melaka.

Sunday, December 25, 2011

SECEBIS PERINGATAN...



assalamualaikum....
hye semua....
alhamdulillah,,,
sekali lagi saya berkesempatan utk meng'update' blog yg serabut nie...
huhu
erm hari nie ape bnda yg saya nak kongsikan bersama anda smua???
(question mark around ur head)
erm arinie saya nak kongsi psl...
WASIAT IMAM SYAFIE...
erm sbena nyer idea nie saya cedok dari myibrah.com...
website nie sgt bermanfaat bg kita yg dahagakan ilmu2 yg bermanfaat dan mmpu menjadi backup kita di akhirat kelak...
tanpa membuang masa....
mari kita baca ilmu yg saya cedok dari myibrah.com nie....
slamat membaca dan renung2kan serta slamat beramal....

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni’mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

nota kaki:bangkitlah wahai muslimin dan muslimat semua....mari kita memungut seberapa byk peluang dan ruang yg diberikan Allah dalam mendapat keredhaan-Nya...

Tuesday, December 20, 2011

KeCiL iTu BeSaR mAkNaNyA...


assalamualaikum.... chat smua??? hope smua nya sihat2 belaka.... tapi yg paling penting smoga iman dan hati kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera slaloo...
erm alhamdulillah....
hari nie skali lg saya diberi nikmat idea oleh Yang Maha Esa utk meng'update' entri saya yg x sbrape nie...
erm agak2 ape yg tersembunyi di sebalik tajuk entri saya kali nie???
erm cube teka....
huhu...
erm sbena nyer byk yg tersembunyi di sebalik tajuk nie....
mari saya bwk anda smua berfikir melalui kisah nie...

amira seorang pelajar yg suka membuang sampah merata-rata tempat. mana tempat yg dia rasa dia suka utk membuang sampah yg ada pada tgnnya, pasti dia akan campakkan sahaja sampah tersebut tanpa berfikir akan persekitaran dan 'effect' yg akan kena pada dirinya...uniknya,Amira ini bersahabat dengan seseorang yg kontra dgn dirinya iaitu Qistina.Qistina seorang yg sangat pembersih dan amat mencintai alam sekitar....nak dijadikan cerita...pada satu hari Amira dan Qistina 'hang out' bersama-sama di sebuah mall...bila dah penat berjalan2 sekitar mall, mereka berhenti R&R di surau bagi menunaikan seruan Ilahi...ketika bersiap-siap utk keluar dari surau, Amira dgn slumbernya tlh membuang tisu yg digunakannya utk mengelap muka di depan pintu surau.....Qistina yg melihat perbuatan tersebut terkejut....

agak2 nyer apa yg dilakukan oleh QISTINA??
A) marah Amira coz bung sampah merata-rata
B) menasihati Amira utk supaya jgn membuang sampah merata-rata
C) Qistina buat x taw seperti x nampak apa2
D) Qistina mengambil sampah tersebut dan membuangnya di tong sampah.

erm jawapannya ialah (D-Qistina mengambil sampah tersebut dan membuangnya di tong sampah).....
~THE END~

erm apa kaitan cerita nie ngan tjuk entri nie???
huhu...
mesti tertanya-tanyakan...
erm sbenar nyer saya nak highlightkan pada perbuatan Qistina yg membuang sampah tersebut tanpa berkata apa2 pada Amira....
erm pernah dgr x org slaloo berkata 'action speaks louder than words'
cuba perhatikan pada perbuatan Qistina...
walaupun tenaga yg dikeluarkan oleh Qistina sedikit iaitu hanya mengambil sampah tersebut dan seterusnya membuangnya di tong sampah....
namun perbuatan ini cukup mulia dan indah utk dihayati....
itulah Islam.....
perbuatan yg asalnya nmpk sprti menjatuhkan standard(mentaliti org yg x menghayati Islam)
namun Islam menganggapnya ia satu kebaikan atau dikenali sbg Kebajikan...

Firman Allah dalam sural al-Zalzalah yg bermaksud:

maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

"berhati-hati kalian terhadap dosa kecil kerana jika berkumpul dalam diri seseorang ia akan dapat membinasakannya: (riwayat Ahmad dan al-Tabarani dalam 'al-Awsat)

oleh itu, berusahalah utk menyampaikan sesuatu walaupun ianya sedikit. sesungguhnya agama itu adalah menyampaikan bukan menyimpan....

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Kena kuasai seni menegur,
supaya nanti tak tersungkur,
yakin dan pasti jangan berdengkur,
hasilnya nanti harus bersyukur.

Wallahualam....








Tuesday, December 13, 2011

SeSuNgGuHnYa Kau Maha Mengetahui...


YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini,

Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,

Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,

Bersatu memikul beban dakwah-Mu,

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,

Akan jalan-Nya yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,

Yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,

Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,

Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini."

Assalamualaikum....

apa khabar hati dan iman pada hari nie???

smoga baik-baik sahaja hendak nya...

erm alhamdulillah...

sekali lg Allah memberi saya idea utk meng'update' blog saya nie...

smoga apa yg saya coret nie mampu memberi ilmu kepada sesiapa yg menziarahi blog saya nie...

hari nie saya nak ckp psl DOA RABITHAH

ape itu DOA RABITHAH?

klu siapa yg biasa membaca al-ma'thurat...

pasti akan jumpa doa nie...

erm sbena nyer doa nie baik utk diamalkan...

antara kelebihannya ialah:

Do’a rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat , iaitu wirid yang dibaca oleh aktivis dakwah pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra. Biasanya dilakukan secara sendirian atau berjemaah.

Do’a rabitah ini istimewa berbanding dengan doa’-doa’ yang lain. Antaranya:-

PERTAMA: Do’a ini disusun untuk para aktivis dakwah, agar mereka selalu mengingat prinsip-prinsip perjuangan dengan membaca do’a ini.

KEDUA: Doa’ ini bertujuan mengkonsolidasikan dan menyatukan hati pada aktivis dakwah

KETIGA: Dengan do’a rabithah ini kita memahami bahawa gerakan dakwah adalah jamaah, bukan jam’iyyah, dan syirkah.

Jamaah adalah wadah yang mengumpulkan hati-hati dan fizikal anggota dalam waktu yang sama, bahkan pertemuan hati perlu lebih intensif dan tidak boleh terputus dibandingkan denganpertemuan secara fizikal dalam pertemuan tanzim maupun yang lain.
Jami’yyah ertinya organisasi massa, yayasan, NGO, partai politik dan sebagainya. Pertemuan ini umumnya lebih mementingkan pertemuan secara fizikal yang bersifat struktur dan formal, yang kurang memerhatikan pertemuan hati dan batin. Oleh itu, biasannya boleh terjadi konflik dan pergeseran di sesama anggota organisasi itu.
Sementara syirkah pula merujuk kepada usaha perniagaan atau bisnes.

KEEMPAT: Dengan do’a rabitah ini kita memahami bahawa dakwah telah menyatukan para aktivis dari pelbagai generasi semenjak ada kegiatan dakwah di mukabumi ini sehinggalah ke hari kiamat.

Ringkasnya:

Para da’I ilallah dituntut untuk menyatukan soff, beramal dan paling tidak saling mendo’akan agar istiqomah pada jalan Allah serta mendapat taufiq dan rahmat dari Allah SWT demi kejayaan Islam.

Rujukan:
Syarah do’a rabithah, karangan Muhammad Lili Nur Aulia

dan saya juga ingin memberi sedikit tips....
smoga dapat membantu anda semua...
ketika membaca doa ini, niatkan utk disedekah kepada keluarga kita, sahabat kita dan org2 yg terdekat dgn diri kita
smoga hati kita dengan keluarga, sahabat-sahabat, dan org-org terdekat dgn kita menjadi erat seperti satu untaian tali yang kukuh dan erat sehingga tiada siapa mampu meleraikan untaian tersebut melainkan Allah s.w.t...
wallahualam...


Thursday, December 8, 2011

HaRgAiLaH mErEkA....


Abdullah Ibn Umar berkata: "Ada seseorang datang kepada Rasulullah dan meminta izin untuk pergi berjihad. Kemudian Bagindan bertanya: "Apakah kedua-dua orang tuamu masih hidup?" Dia menjawab: "Ya" Baginda kemudian bersabda: "Pada mereka berdua sajalah kamu berjihad." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

assalamualaikum....
apa khabar hati,iman dan Islam hari nie?
chat?
klu chat bgus la....
klu x chat check blik amalan kita...
erm alhamdulillah....
hari nie, saya masih lagi diberi nikmat akal dan idea yg bernas utk mencoretkan sesuatu pada entri saya...
huhu....
trima kasih kepada tazkirah bergerak saya iaitu Cik Solusi...
bersempena cuti sekolah n cuti sem yg panjang nie....
apa yang korang smua dah lakukan utk ibu bapa korang???
dah banyak menyemai bakti kepada ibu bapa???
atau pun masih khayal lagi dgn keseronokkan bercuti...
erm dalam sedar x sedar....
sbenar nyer cuti nie yg panjang nie merupakan anugerah yg x terhingga buat kita sbg pelajar...
kenapa saya ckap mcm nie???
cube anda pikir dan renungkan....
masa anda berada di sekolah dan di IPT...
brapa byak bakti yg anda telah hulurkan pada ibu bapa anda???
klu byk alhamdulillah...
klu sedikit,,,,masyaAllah....
brape byk kredit yg anda hbiskan utk menelefon ibu dan bapa anda berbanding anda bergayut atau bermesej dengan kawan-kawan anda...
sedarlah sesungguhnya segala tindakan yg kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....
teringat saya pada satu kisah pada zaman Rasulullah...

Diriwayatkan daripada al-Ma'mun, dia berkata: "Aku belum pernah melihat orang yang berbakti kepada ayahnya selain Fadhl bin Yahya al-Barmaki. Dia begitu berbakti utk ayahnya sehinggakan ayahnya tidak pernah berwuduk kecuali dengan air suam. ketika mereka berdua dimasukkan ke dalam penjara, petugas penjara melarang mereka memasukkan kayu bakar walaupun malam hawa tersabgat dingin. Maka Fadhl pon mengambil botol dan diisinya botol tersebut dengan air lalu didekatkanya botol tersebut ke lampu supaya botol tersebut air di dalam botol tersebut menjadi suam. Dia terus memegang botol tersebut hingga pagi....

MasyaAllah...betapa besarnya pengorbanan Fadhl bin Yahya al-Barmaki kepada ayahandanya...
tidak terkesankah kepada hati kecil kita mengenai perbuatan yg dilakukan oleh
Fadhl bin Yahya al-Barmaki...
tidak tercabarkah kita akan perbuatan mulia beliau???
sanggupkah kita menjadi seperti al-Qamah yang mana lbih mementingkan isteri daripada ibu nya sendiri....
atau kita mahu jadi seperti Si tanggang tetapi dalam versi moden???
tepuklah dada tanyalah iaman anda....

akhir kata dari saya....
bagi sahabat-sahabat yang sedang bercuti pada saat ini...
manfaatkanlah masa dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita...
bantulah dalam meringankan beban mereka...
bagi rakan-rakan yg tiada ibu atau bapa atau kedua-duanya...
bersabarlah dan banyak2 sedekahkan al-fatihah dan Yasin kepada mereka....
smoga mereka ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman...
pada sahabat-sahabat yg blom 'start' cuti sem lagi....
berbaktilah kepada mereka dengan cara selalu mendoakan mereka dan 'spent' masa yg lama utk mereka ketika berbual-bual di telefon...
sesungguhnya setiap apa yg kamu kerjakan, cukuplah Allah sahaja yang menjadi saksinya....
wallahualam.....


Monday, December 5, 2011

TuNdUk TiDaK bErMaKnA kAlAh...




"Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

assalamualaikum...
apa khabar hati dan iman anda hari ini???
tepuk dada tanya iman...
jgn tanya selera kerana selera hanya bertuankan nafsu semata-mata...
alhamdulillah klu hati dan iman kita di dalam keadaan yg sihat...
tapi amat malanglah bagi kita sekiranya hati dan iman kita dalam keadaan sakit...

erm....TUNDUK TIDAK BERMAKNA KALAH......
itu lah tajuk entri saya pada hari nie....
kdg2 susah utk kita melafazkan kata maaf...
sebab apa????
sebab diri dikuasai dengan ego yg tinggi...
tdk dinafikan ego mmg susah utk ditundukkan...
namun pokok pangkal nya adalag dari diri kita sendiri...
klu kita mahu syurga Allah mengapa mesti kita berkelakuan seperti kita menginginkan neraka...
tanyalah iman anda....
meminta maaf bukan satu perbuatan yg keji....
tetapi ia merupakan satu perbuatan yg mulia...
saya sering teringat pada kata-kata seorang sahabat merangkap senior saya di tempat saya belajar...

"sahabatku:menghulurkan perkataan maaf lebih mulia lebih baik daripada menunggu dan menerima perkataan maaf...sesungguhnya hamba Allah yg paling mulia di sisi-Nya ialah hamba yg sentiasa mengalah bagi memperelokkan sesuatu keadaan...

erm sejuk nyer hati nie bila mendgr kata-kata sahabatku ini...
walaupun kkdg susah melakukannya...
tetapi aku lebih mahu tinggal di dalam syurga Allah daripada menempah tiket ke neraka Allah...
sesungguhnya memulakan sesuatu itu lbh baik drpd tidak melakukan sesuatu...

dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;

(Ali-Imran:133)


seterusnya marilah kita hayati lirik lagu dibawah ini...

smoga ada sedikit perubahan apabila membaca lirik ini..

Al Mizan - Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta

Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini

Dengan hati suci bersih Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan ku Yang telah berlalu itu

Memang resam manusia makhluk Allah...

Tak lepas dari kesala'n selagi kau bernyawa

Tutur kata dan perbuatan yang terkasar aa...

Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan

Ku harapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu

Berdamailah dalam iman

Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini

Dengan hati suci bersih Ku pohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan ku Yang telah berlalu itu

Memang resam manusia makhluk Allah...

Tak lepas dari bersalah selagi kau bernyawa

Tutur kata dan perbuatan yang terkasar aa...

Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan

Ku harapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu

Berdamailah dalam iman

Sunday, December 4, 2011

HaNyA sEkEtUl DaGiNg...


Diriwayatkan oleh Ibnu Katsir dari Hasan, Rasulullah SAW bersabda :
“hati itu terdiri dari empat macam. Yaitu hati yang bersih di dalamnya seperti pelita yang terang benderang; hati yang tertutup yang terikat pada tutupnya; hatiyang terbalik; dan hati yang berlapis. Hati yang bersih adalah hati milik orang mukmin. Pelitanya adalah cahaya yang ada di dalamnya. Hati yang tertutup adalah hati orang kafir. Hati yang terbalik adalah hati orang yang munafik, ia tahu kemudian ingkar. Sedangkan hati yang berlapis adalah hati yang di dalamnya terdapat iman dan kemunafikan. Iman yang terdapat dalam hati tersebut bagaikan sayur yang memperoleh siraman air yang segar. Sedangkan kemunafikan yang ada di dalamnya bagai bisul yang penuh dengan nanah dan darah. Yang mana di antara dua yang dapat mengalahkan yang lain, maka itulah pemenangnya.”

assalamualaikum...

erm arini nak ckap psl ape ek???
huhu...erm agak2 korang saya nak ckp psl ape nie arinie??
huhu....sbena nyer nak ckap pasal HATI....
erm sbena nyer hati kita nie merupakan raja di dalam hati kita
cuba fikirkan sejenak analogi yg saya nak bawakkan nie...

sepohon pokok bunga yang segar...
ia diberi oleh tuannya segala keperluan yg diperlukan
seperti baja, pencahayaan, air dan udara yang cukup...
lalu pokok nie sgt hidup dengan segar, cantik dan memberi manfaat kepada tuannya...
berbeza dengan pkok bunga yg lagi satu nie....
pokok nie x diberi baja, pencahayaan, air dan udara yg secukupnya...
lalu pokok nie mati dan tidak memberi manfaat kepada tuannya....

klu diberi pilihan...yang mana satu lbih kita 'prefer'??
pkok bunga yg pertama or pokok bunga kedua...
mesti la kita nak jadi pkok yg pertama.
kelihatan cantik dan memberi manfaat kepada org lain....
begitu juga
HATI
seperti yg saya ckap sblum nie hati merupakan raja bagi manusia...
klu dijaga,dibaja dengan secukupnya serta diberi perhatian yg baik...
insyaAllah,,,hidup kita pasti akan sentiasa tenang dan tenteram
namun jika tidak dijaga, dibaja dan diberi perhatian yg sewajarnya...
jgn terkejut satu hari nnti diri kita akan diperhambakan dengan sewenang-wenang nyer...
bkankah manusia itu sebaik-baik pencipta...
jgn biarkan hati yg rosak merajai diri kita
tetapi jadikan hati yg diselebungi iman dan takwa menjadi penakluk bagi diri kita...









Thursday, December 1, 2011

TiaDa YaNg LeBiH iNdAh....


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)".

assalamualaikum...

alhamdulillah, hari nie Allah memberikan saya idea sekali lagi lagi untuk mencontengkan sesuatu di blog saya nie...

sbena nyer apa yang saya nak coretkan nie bukanlah satu perkara yang berat cuma sekadar untuk renungan dan buah fikiran semua orang yang terbaca, terjenguk atau ter'click' pada blog saya nie.

cube fikirkan situasi yang saya nak bawakkan nie...

situasi pertama:

amir:wow cantik nyer awek nie??best nyer klu dia dapat jadi kawan aku. (hehe).klu jadi awek aku pon ape salah nyer....

situasi kedua:

amir: eh selekeh nyer minah nie....dah muka x lawa. lpas tue xtaw nak dressing ngan betul...eee,,,wat malu kaum wanita jer...

hah...cuma baca, faham dan hayati kedua-dua situasi yang saya bawakan nie...erm sbena nyer ape tujuan saya 'create' kedua-dua situasi nie...erm sbena nyer ada tujuannya...klu kita nak makan pon ada tujuan nyer.of course la entri saya nie ada tujuan nyer....

sbena nyer saya nak kaitkan situasi nie dgan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 13 yang bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

apa yang saya nak 'highlight'kan kat sini ialah ORG YG LEBIH BERTAKWA... kita sering lihat rata-rata masyarakat di sekeliling kita mendefinisinikan cantik atau indah nyer seseorang dari segi rupa paras,,,bukan nyer pada nilai takwa yang dimiliki oleh seseorang itu...Ye mmg x dinafikan mcm mana kita nak ukur nilai takwa seseorang itu kerana takwa itu merupakan satu perkara yang abstrak...namun kita diberi pancaindera oleh Allah dan ditambah pula dengan nikmat akal yang tiada tolok bandingnya...

org yang bertakwa pada fitrahnya akhlak mereka cukup excellent klu diberi pointer maybe akan dapat 4.00.tapi x dinafikan kita nie insan biasa yang slaloo membuat kesalahan..namun itu bukan alasan nyer utk menjadikan kita utk x bertakwa kepada Allah. Bkankah kita mahu kelihatan indah? org yg bertakwa, akhlaknya seperti mutiara yang bersinar...ke mana dia pergi pasti akan menyinarikan org lain...

oleh itu rebutlah keindahan di mata Allah kerana itulah keindahan yg hakiki. dan ingatlah keindahan seseorang bukan nyer terletak pada cantik nyer rupa paras seseorang itu, tapi keindahan seseorang itu terletak pada betapa takwanya kepada Allah...

wallahualam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...