Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun,75990 Melaka.

Sunday, December 25, 2011

SECEBIS PERINGATAN...



assalamualaikum....
hye semua....
alhamdulillah,,,
sekali lagi saya berkesempatan utk meng'update' blog yg serabut nie...
huhu
erm hari nie ape bnda yg saya nak kongsikan bersama anda smua???
(question mark around ur head)
erm arinie saya nak kongsi psl...
WASIAT IMAM SYAFIE...
erm sbena nyer idea nie saya cedok dari myibrah.com...
website nie sgt bermanfaat bg kita yg dahagakan ilmu2 yg bermanfaat dan mmpu menjadi backup kita di akhirat kelak...
tanpa membuang masa....
mari kita baca ilmu yg saya cedok dari myibrah.com nie....
slamat membaca dan renung2kan serta slamat beramal....

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni’mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

nota kaki:bangkitlah wahai muslimin dan muslimat semua....mari kita memungut seberapa byk peluang dan ruang yg diberikan Allah dalam mendapat keredhaan-Nya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...