Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun,75990 Melaka.

Tuesday, December 20, 2011

KeCiL iTu BeSaR mAkNaNyA...


assalamualaikum.... chat smua??? hope smua nya sihat2 belaka.... tapi yg paling penting smoga iman dan hati kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera slaloo...
erm alhamdulillah....
hari nie skali lg saya diberi nikmat idea oleh Yang Maha Esa utk meng'update' entri saya yg x sbrape nie...
erm agak2 ape yg tersembunyi di sebalik tajuk entri saya kali nie???
erm cube teka....
huhu...
erm sbena nyer byk yg tersembunyi di sebalik tajuk nie....
mari saya bwk anda smua berfikir melalui kisah nie...

amira seorang pelajar yg suka membuang sampah merata-rata tempat. mana tempat yg dia rasa dia suka utk membuang sampah yg ada pada tgnnya, pasti dia akan campakkan sahaja sampah tersebut tanpa berfikir akan persekitaran dan 'effect' yg akan kena pada dirinya...uniknya,Amira ini bersahabat dengan seseorang yg kontra dgn dirinya iaitu Qistina.Qistina seorang yg sangat pembersih dan amat mencintai alam sekitar....nak dijadikan cerita...pada satu hari Amira dan Qistina 'hang out' bersama-sama di sebuah mall...bila dah penat berjalan2 sekitar mall, mereka berhenti R&R di surau bagi menunaikan seruan Ilahi...ketika bersiap-siap utk keluar dari surau, Amira dgn slumbernya tlh membuang tisu yg digunakannya utk mengelap muka di depan pintu surau.....Qistina yg melihat perbuatan tersebut terkejut....

agak2 nyer apa yg dilakukan oleh QISTINA??
A) marah Amira coz bung sampah merata-rata
B) menasihati Amira utk supaya jgn membuang sampah merata-rata
C) Qistina buat x taw seperti x nampak apa2
D) Qistina mengambil sampah tersebut dan membuangnya di tong sampah.

erm jawapannya ialah (D-Qistina mengambil sampah tersebut dan membuangnya di tong sampah).....
~THE END~

erm apa kaitan cerita nie ngan tjuk entri nie???
huhu...
mesti tertanya-tanyakan...
erm sbenar nyer saya nak highlightkan pada perbuatan Qistina yg membuang sampah tersebut tanpa berkata apa2 pada Amira....
erm pernah dgr x org slaloo berkata 'action speaks louder than words'
cuba perhatikan pada perbuatan Qistina...
walaupun tenaga yg dikeluarkan oleh Qistina sedikit iaitu hanya mengambil sampah tersebut dan seterusnya membuangnya di tong sampah....
namun perbuatan ini cukup mulia dan indah utk dihayati....
itulah Islam.....
perbuatan yg asalnya nmpk sprti menjatuhkan standard(mentaliti org yg x menghayati Islam)
namun Islam menganggapnya ia satu kebaikan atau dikenali sbg Kebajikan...

Firman Allah dalam sural al-Zalzalah yg bermaksud:

maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

"berhati-hati kalian terhadap dosa kecil kerana jika berkumpul dalam diri seseorang ia akan dapat membinasakannya: (riwayat Ahmad dan al-Tabarani dalam 'al-Awsat)

oleh itu, berusahalah utk menyampaikan sesuatu walaupun ianya sedikit. sesungguhnya agama itu adalah menyampaikan bukan menyimpan....

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Kena kuasai seni menegur,
supaya nanti tak tersungkur,
yakin dan pasti jangan berdengkur,
hasilnya nanti harus bersyukur.

Wallahualam....








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...